Kuala Lumpur adalah Ibu negara
bagi Malaysia dan di sekitar kota ini terdapat banyak tempat dimana pelbagai
menarik sesuai dilakukan bersama keluarga. Antaranya adalah ‘District 21’,
tapak permainan orang dewasa yang terletak di IOI Mall Putrajaya. Sekiranya
anda meminati Fear Factor ataupun American Ninja Warrior dan sudah lama
teringin nak merasa sendiri bagaimana syoknya untuk melakukan kesemua perkara
ini, maka District 21 adalah tempatnya.
Antara aktiviti-aktiviti yang
boleh anda lakukan untuk mengepam adrenalin anda adalah aktiviti seperti Sky
Trail, The Maze, Power Station untuk mencuba wall climbing, Roller Glider untuk
merasai pengalaman ber’flying fox’, Go Pedal untuk bermain go kart, Pump Track
untuk bermain basikal, skuter ataupun skateboard, Launch Pad untuk anda yang
suka bermain trampoline dan banyak lagi. Berikut adalah informasi tentang waktu
operasi District 21 dan harga tiket kemasukkannya.
Sumber Gambar: Google Image
Waktu Operasi: Isnin
– Jumaat (12.00pm – 8.00pm) | Sabtu, Ahad, Cuti Umum, Cuti Sekolah (10.00am –
8.00pm)
Harga Tiket: Isnin –
Jumaat RM58/pax | Sabtu, Ahad, Cuti Umum, Cuti Sekolah RM75/pax
Selain itu, Aquaria KLCC
menempatkan lebih daripada 150 spesis hidupan laut. Pengalaman ke akuarium ini
pasti akan menjadi pengalaman yang sangat indah buat ahli keluarga anda kerana
terdapatnya tarikan utama di akuarium ini seperti ikan jerung, ular laut, kuda
laut dan lain-lain lagi. Anda juga boleh menyertai program Diving with Sharks mempunyai
lesen menyelam untuk mendekati jerung ini di dalam air. Sekiranya tidak mempunyai
lessen, anda masih boleh menyertai program Cage Rage di mana anda akan
dimasukkan di dalam sangkar yang akan diselamkan di dalam air disamping melihat
hidupan-hidupan laut ini yang terbahagi dengan kaca akuarium. Berikut adalah
informasi tentang waktu operasi Aquaria KLCC dan harga tiket kemasukkannya.
Sumber Gambar: Google Image
Waktu Operasi: Setiap
Hari (10.00am – 8.00pm)
Harga Tiket: Dewasa
MyKAD: RM49, Biasa: RM69 | Kanak-kanak MyKID: RM39, Biasa: RM59 | Warga Emas
MyKAD: RM39, Biasa: RM49
Disamping itu, terdapat juga sebuah
taman yang anda boleh bersantai sekiranya anda pergi ke KLCC iaitu Taman
KLCC. Taman yang berkeluasan 50 ekar serta penuh dengan kehijauan ini juga
turut memiliki laluan joging, ruang santai, hiasan air terjun, kolam, tasik dan
taman permainan kanak-kanak. Ianya merupakan seni agung yang terakhir seorang
arkitek lanskap Brazil yang bernama Roberto Burle. Waktu yang paling menarik
untuk lepak di taman ini adalah pada waktu malam serta pada masa berlakunya
pertunjukan air yang diadakan iaitu setiap hari semasa tengah hari dan senja.
Waktu Operasinya pula adalah seperti berikut:
Sumber Gambar: Google Image
Waktu Operasi: Setiap
Hari (7.00am – 10.00pm)
Sekian, terima kasih.
Comments
Post a Comment