ADAT PERKAHWINAN KAUM INDIA


Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang memiliki ciri-ciri kebudayaan yang tersendiri serta masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Oleh kerana masyarakat India terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat India secara umum.

Sebelum berlakunya perkahwinan, beberapa aspek akan diberi perhatian seperti faktor etnik, selain dari faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan status sosial merangkumi aspek seperti umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan latar belakang keluarga yang juga turut diambil kira.

Setelah ahli keluarga menyatakan hasrat untuk merisik sesorang gadis tersebut, adat merisik dilakukan. Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri bakal isterinya. Ketika itu wakil pihak lelaki perlu datang dalam jumlah ganjil tidak kira bilangan tersebut ramai atau tidak. Pihak perempuan akan menerima hantaran tersebut sekiranya bersetuju dan adat tersebut dikenali sebagai “Nichayam” atau ikat janji dalam Bahasa Melayu.

Sumber Gambar: Google Image

Setelah berlakunya adat “Nichayam”, maka hari untuk pertunangan berlangsung akan ditetapkan mengikut hari dan tarikh yang sesuai oleh tok sami di kuil. Setelah berlakunya adat pertunangan, kad jemputan akan dikeluarkan untuk diberikan kepada saudara-mara serta rakan-rakan sebagai jemputan rasmi ke perkahwinan pasangan yang bakal berkahwin.

3 hari sebelum perkahwinan, pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar. Upacara perkahwinan dilakukan oleh tok sami yang akan menabur sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat daripada benang yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga aras dada. Kemudiannya, pasangan tersebut akan memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan bersujud di kaki mereka untuk mendapatkan berkat mereka.

Sumber Gambar: Google Image


Setelah selesainya majlis perkahwinan, pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki pula akan pergi ke rumah pengantin perempuan untuk menetap selama tiga hari. Pada masa itu, ibu bapa mertua akan mengadakan jamuan untuk pasangan tersebut. Setelah tiga hari, pasangan pengantin tersebut akan pulang ke rumah pengantin lelaki untuk memulakan kehidupan mereka sebagai suami dan isteri.

Sekian, terima kasih.

Comments