Internet telah menjadi perkara
yang penting dalam kehidupan seharian kita. Internet selaku teknologi asas
dalam pembangunan teknologi maklumat, merupakan salah satu saluran rangkaian menghubungkan
setiap manusia di dunia selain televisyen. Penggunaannya yang meluas dan
maklumat tanpa sempadan amat bermanfaat kepada masyarakat. Dengan adanya
internet, semua perkara dapat dilakukan. Masyarakat juga tidak terlepas dari
merasai bahang internet dengan kepantasan ataupun betapa cepatnya sesuatu
berita itu dapat diperolehi samaada dalam mahupun luar negara. Masyarakat
dipercayai telah menjadi lebih maju dan mempunyai pengetahuan yang luas sejak
kewujudan internet.
Antara manfaat utama dengan
kewujudan internet adalah mencari dan mengumpul maklumat dalam masa yang singkat.
Tidak kira pencariannya dilakukan melalui telefon bimbit ataupun komputer riba,
maklumat tetap boleh diperolehi asalkan ada rangkaian serta hubungan internet.
Misalnya, pencarian maklumat berkaitan dengan pelajaran oleh pelajar sekolah
serta mahasiswa dapat diperolehi dengan begitu mudah sekali hanya dengan mereka
melayari lawan sesawang tertentu untuk mendapatkan maklumat.
Selain itu, dengan adanya
internet, kita juga dapat menyelesaikan pelbagai urusan seharian seperti
membayar bil dan urusan perbankan. Negara yang maju mempunyai sistem pengurusan
kewangan yang mantap dan cekap. Selaras dengan itu, Malaysia juga telah
menaiktaraf pengurusan pengendalian kewangan yang membolehkan rakyat Malaysia untuk
membuat bayaran cukai melalui 'online'. Pembayaran bil atau cukai secara atas
talian dapat menjimatkan masa dan memudahkan masyarakat serta mendorong kepada
pembayaran yang tidak bertangguh dan tidak bermasalah.
Disamping itu, dengan adanya internet,
media sosial seperti 'Facebook', 'Twiter', 'email' dan lain-lain dapat
menghubungkan kita dengan seseorang di mana jua mereka berada. Berikutan itu,
dengan adanya kemudahan internet, keselamatan juga terjamin. Sebagai contoh,
ibu bapa yang menghantar anaknya untuk menuntut pengajian di luar negara dapat
sentiasa berhubung menggunakan perkhidmatan 'skype' malah boleh melihat wajah
mereka juga. Kesimpulannya, internet sememangnya mempunyai banyak manfaat yang
dapat membantu masyarakat dengan rutin harian mereka.
Sumber Gambar: Google Image
Comments
Post a Comment