SENI MEMPERTAHANKAN DIRI KAUM INDIA: SILAMBAM


Seni mempertahankan diri yang terkenal dalam kalangan masyarakat India adalah Silambam yang menjadi satu tradisi dalam kalangan kaum India. Silambam yang lebih dikenali sebagai Silambattam dalam kalangan masyarakat India merupakan seni bela diri berasaskan pertempuran tongkat bertradisikan Dravidian. Gaya ini dipercayai berasal 5000 tahun dahulu dari Bukit Kurinji yang kini digelar sebagai Kerala, sebuah negeri di India. Seni silambam boleh dianggap antara seni mempertahankan diri yang tertua di dunia kerana kewujudannya sejak zaman pra-sejarah dan sebelum kedatangan kaum Aryan ke India.


Sumber Gambar: Wikipedia




Silambam juga mempunyai peraturan-peraturan yang tertentu seperti sukan-sukan yang lain untuk dipatuhi oleh para pemain. Antaranya ialah, peserta hendaklah sentiasa bergerak sambil menggerakkan kayu dalam bulatan. Jika tidak berbuat demikian, peserta itu akan diberi amaran dimana markah akan ditolak setelah diberi amaran sebanyak 3 kali. Kedua-dua tangan peserta harus memegang kayu tersebut ketika melakukan serangan terhadap lawannya. Markah tidak akan diberi sekiranya peserta hanya menggunakan tangan sebelah untuk menyerang. Peserta yang bertanding hanya boleh menyentuh lawannya dengan kayunya di bahagian tertentu seperti bahu. Jika kayu peserta itu terjatuh kerana tergelincir, maka peserta itu boleh mengambil kayu dan meneruskan pertandingan tersebut.

Berikut adalah Kategori Pertandingan

Kategori Pertandingan (Mengikut berat dalam kg) Lelaki
Sub Junior
a) kanak –kanak berumur 10 tahun ke bawah
Junior
30 – 40kg
40 – 50kg
Senior
50 – 52kg
52 – 56kg
56 – 60 kg
67.5 – 75kg
75kg ke atas

Perempuan
berumur 10 tahun ke bawah
sehingga 25kg
25 – 30kg
30 - 35kg
35 – 40kg
40 – 44kg
44 - 48kg
48 – 52kg
52kg ke atas

Kategori Veteran
Pertandingan menunjukan kemahiran individu dalam seni silambam ini bagi perserta yang berumur 45 tahun ke atas.

Sekian, terima kasih.

Comments