TEMPAT REKREASI DI UPM


Universiti Putra Malaysia memiliki persekitaran kampus yang nyaman dan menyegarkan dengan wujudnya kehijauan pokok-pokok yang merimbun. Ianya boleh dikatakan bahawa kedua-dua penuntut dan tenaga pendidik di UPM amat bertuah kerana terdapatnya panorama sedemikian yang boleh bantu untuk menenangkan fikiran setelah penat dengan proses pengajaran dan pembelajaran.

Pelbagai jenis aktiviti riadah dan rekreasi boleh dijalankan oleh warga kampus dengan penuh semangat tanpa gangguan dan pencemaran. Kemudahan yang serba moden telah disediakan oleh pihak university untuk manfaat para pelajarnya. Dengan adanya trek jogging serta kemudahan riadah lain seperti merentasi pemandangan tasik dan pemandangan dusun buah-buahan sepanjang 7km menarik minat pelajar untuk memulakan gaya hidup sihat.

Antara lokasi rekreasi yang dapat mengurangkan tekanan para penuntut dalam mengejar kecemerlangan akademik adalah Bukit Ekspo. Tempat ini yang menawarkan kemudahan rekreasi dan riadah untuk para pelajar menjalankan aktiviti termasuk memancing, bersampan, sukaneka, tapak perkhemahan dan tapak ekspo.

Sumber Gambar: Google Image

Selanjutnya, sebuah Hutan Simpanan Kekal yang terletak di Puchong telah dianugerahkan kepada UPM dan ianya dikenali sebagai Hutan Simpan Ayer Hitam (HSAH). Hutan simpanan ini dianugerahkan kepada pihak UPM untuk mengendalikan aktiviti  pendidikanpenyelidikan dan pengembangan di dalam bidang perhutanan. Walaupun ianya dimiliki oleh UPM, namun ia terbuka kepada orang awam dengan adanya “Jungle Trekking” serta sebuah air terjun dipedalamannya.

Sumber Gambar: Google Image


Seterusnya, satu lagi aktiviti menarik yang terdapat di UPM adalah menunggang kuda dengan trek yang selesa dan mencabar. Pusat Ekuin mempunyai12 ekor kuda yang diperoleh daripada Australia dan sesuai untuk tunggangan. Dengan adanya temapt yang berkeluasan empat hektar, ianya meliputi dua buah bangunan stable yang mampu memuatkan 47 ekor kuda. Tempat ini juga mempunyai “sand paddock” yang bertaraf antarabangsa dengan berukuran 150 kaki x 20 kaki dan trek tunggangan di kawasan ladang sejauh 30 km.

Sumber Gambar: Google Image


Terdapat banyak lagi tempat menarik di UPM yang boleh dikunjungi, namun masa tidak mengizinkan saya untuk menghabiskan tulisan saya. 

Sehingga kita berjumpa lagi, sekian, terima kasih.

Comments