LANGKAH UNTUK MENCAPAI MENTAL YANG SIHAT


“Saya tidak menghidap sakit mental.” Namun, adakah ianya menjamin bahawa minda kita sihat? Mental yang sihat tidak bermakna terlepas dari penyakit mental serta ianya amat penting untuk kita memahami maksud sebenar mental yang sihat. Individu yang sihat mental berupaya mengekalkan perhubungan yang harmoni dengan orang lain, mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan dan boleh menyumbang di dalam masyarakat. Secara amnya, seseorang yang mempunyai kesihatan mental yang positif ataupun sihat akan berasa selesa dengan diri sendiri, selesa dengan orang lain, selesa dengan persekitaran dan dapat memenuhi tuntutan kehidupan. Seseorang individu yang sihat mental dapat mengekalkan fungsi biologi, psikologi, sosial dan kerohanian yang baik.

Terdapat beberapa langkah mudah untuk mencapai kesihatan mental yang baik. Antaranya adalah untuk mengamalkan cara hidup sihat. Pengamalan cara hidup yang sihat boleh dilakukan dengan memakan makanan seimbang dengan adanya pemgambilan produk tenusu, protein, karbohidrat serta sayur-sayuran dalam kuantiti yang secukupnya. Ini dapat membantu untuk mengekalkan berat unggul. Namun, ianya tidak mencukupi kerana seseorang individu harus juga tidur dan mengambil rehat yang secukupnya.

Selain itu, perancangan masa yang baik juga amat penting serta menyumbang kepada mental yang sihat. Seorang individu haruslah membuat satu senarai untuk perkara yang harus dilakukan supaya mereka boleh menguruskan perkara tersebut mengikut kepentingannya. Namun, peruntukan masa yang bersesuaian harus juga diberikan kepada setiap perkara yang hendak dilakukan untuk memastikan kualiti ketika pelaksanaan tugas tersebut.

Sebelum melakukan semua perkara diatas, seseorang individu haruslah belajar untuk menyukai diri sendiri. Ianya penting untuk seseorang itu untuk menyukai dirinya dan menjadikannya sahabat kepada diri dia sendiri kerana masalah mental bermula apabila seseorang itu, tidak menyukai dirinya sendiri. Oleh itu, penghentian sesuatu perkara yang tidak disukai dapat membantu seseorang individu untuk menyukai dirinya. Selaras dengan itu, kita harus menghargai diri kita sekali sekala dengan bercakap tentang kualiti baik yang terdapat pada diri kita. Namun, kita harus sedar bahawa kita tidak perlu menyukai semua orang dan semua orang tidak perlu menyukai kita tetapi ianya amat penting untuk kita menyukai siapa kita dahulu.

Sekian, terima kasih.

Comments