KEBAIKAN MINUM AIR MASAK


Sejak dari bangku sekolah lagi, kita sentiasa disarankan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air masak setiap hari. Ini adalah kerana terdapatnya kebaikan tertentu air masak kepada badan dan kesihatan kita.

Antara kebaikan air masak adalah ianya boleh meningkatkan prestasi fizikal anda. Prestasi fizikal badan anda akan berkurang, menyebabkan badan anda berasa lemah sekiranya badan anda tidak mempunyai air yang secukupnya. Sekiranya anda merupakan seorang yang mengamalkan gaya hidup aktif dan kerap bersukan, air masak adalah sangat penting untuk anda. Dehidrat boleh memberikan kesan yang nyata seperti perubahan suhu badan, meningkatkan rasa penat, dan menyebabkan anda rasa mengantuk walaupun cecair di badan anda hanya berkurang sebanyak 2%. Bagi memastikan badan kekal hidrat, ianya penting untuk banyakkan minum air.

Selain itu, otak manusia amat bergantung kepada air, pemyumbang utama kepada pemikiran dan daya berfikiran yang lebih baik adalah untuk kekalkan badan anda dalam keadaan hidrat. Beberapa aspek pada otak yang dijejaskan sekiranya berla dehidrat adalah, hilang fokus, dan mudah rasa pening. Badan yang kurang air juga boleh memyebabkan rasa gelisah, lemah ataupun letih serta sukar untuk mengingati sesuatu perkara. Oleh itu, banyakkan minum air masak sekiranya anda berasa sentiasa lemah ataupun lesu.

Disamping itu, meminum air masak juga boleh membantu untuk melegakan sembelit. Masalah sembelit kebiasaannya berpunca daripada pengambilan air yang tidak mencukupi bagi kanak-kanak mahupun dewasa. Ini adalah penyebab utama wujudnya masalah pada pergerakan usus yang menyukarkan najis untuk keluar. Oleh itu, peningkatan dalam pemgambilan cecair ataupun air masak dapat mengurangkan masalah sembelit ini kerana ia akan melancarkan pergerakan usus. Oleh itu, anda haruslah banyakkan minum air masak untuk menghindari dari jatuh sakit seperti yang dinyatakan di atas.

Sekian, terima kasih.

Comments