IKON POP YANG TELAH MENGGOYAHKAN DUNIA


Michael Joseph Jackson atau lebih dikenali sebagai Michael Jackson adalah seorang penyanyi, penulis lagu, pengeluar rekod, penari dan pelakon Amerika. Beliau terkenal kerana sumbangannya dalam muzik, tarian, fesyen serta kerana kehidupan peribadi yang dipublikasikan yang menjadikannya tokoh global dalam budaya pop selama lebih dari empat dekad. Michael, anak kelapan dalam keluarganya, telah membuat debutnya dengan abang-abangnya pada tahun 1964.



Sumber Gambar: Google Image

Kumpulan yang dikenali sebagai The Jackson Five, memasuki muzik profesional pada tahun 1967 dengan nyanyian dengan rekod Steeltown dan telah menghasilkan 10 lagu pada masa itu. Michael kemudiannya menjadi penyanyi solo pada tahun 1971 lalu menjadi tokoh utama dalam muzik pop. Lagunya seperti 'Beat It, Billie Jean dan Thriller' telah memecahkan baur kekauman di seluruh dunia kerana ianya didengar oleh semua lapisan masyarakat dan telah berjaya memasuki carta lagu paling popular untuk beberapa minggu.

Sumber Gambar: Google Image

Sumber Gambar: Google Image


Tidak lama kemudian, kesemua lagunya menjadi terkenal di persada dunia serta telah memecahkan beberapa rekod sepanjang kemasyhurannya. Michael juga memperkenalkan 'The Moonwalk' yang menjadi “signature dance” serta membuat orang ramai menggilainya. Jackson telah memenangi beratus-ratus anugerah yang membuatnya menjadi artis rakaman yang paling banyak dianugerahkan dalam sejarah muzik popular. Jackson juga merupakan seorang yang rendah diri dan amat diminati oleh peminatnya kerana kerja amal yang beliau lakukan selama bertahun-tahun.

Sumber Gambar: Google Image

Pada 25 Jun 2009, seluruh dunia terkejut mendengar kematian Michael Jackson. Kesemua laman web telah mengalami kesesakkan akibat daripada kematiannya. Orang di seluruh dunia mencari biografi dan mula berkabung atas kematiannya. Berjuta-juta orang di seluruh dunia menyaksikan perkhidmatan memorial Michael yang diadakan di Los Angeles. Siaran langsung khidmat peringatannya adalah salah satu yang paling banyak ditonton di Amerika Syarikat dengan penonton sekitar lebih kurang 31 juta. Walaupun Michael telah meninggal dunia, namun muzik, kemasyhuran dan sumbangannya dalam muzik masih hidup. Peminat setianya di seluruh dunia masih memuja dia sehingga kini. Selebriti seperti Usher, Jennifer Hudson, John Mayer juga memuji dia kerana pengaruhnya yang besar dalam dunia muzik pop. Dia merupakan satu-satunya ‘Raja Pop’ dan akan kekal dengan nama tersebut buat selama-lamanya.

Sumebr Gambar: Google Image


Comments