GEJALA SOSIAL


Peningkatan dalam gejala sosial terutamanya dalam kalangan pelajar dalam era ini menjadi kebimbangan semua pihak. Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia, salah satu gejala salah laku pelajar yang kian menjadi atau menular adalah masalah vandalisme. Aktiviti vandalisme, atau kegiatan merosakkan harta benda awam bukan sahaja menjejaskan imej negara kita, malah turut merugikan pelbagai pihak.

Oleh sebab itu, ibu bapa harus memainkan peranan yang penting dalam menyifarkan masalah vandalism supaya dapat mengatasi masalah tersebut dalam kalangan pelajar. Pertama sekali, ibu bapa perlu memantau kegiatan anak-anak mereka supaya tidak terjerumus ke dalam perkara yang negatif. Ibu bapa juga harus memantau pergaulan anak-anak agar tidak melakukan kesilapan dalam memilih dan terpengaruh dengan kegiataan rakannya.

Selain itu, ibu bapa harus bertanggungjawab dalam memastikan untuk menyemai ilmu keagamaan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi kerana sesungguhnya, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pelajar dengan senangnya boleh terpengaruh dengan anasir-anasir negatif seperti kegiatan vandalisme. Oleh itu, ilmu keagamaan amat penting untuk disemaikan dalam kalangan mereka kerana ianya selaku benteng utama dapat menghalang generasi muda dari terjebak dalam kegiatan negatif.

Sejurus itu, ibu bapa haruslah memainkan peranan dengan mengajar anak-anak mereka untuk mengatakan tidak kepada vandalisme dan serta implikasinya. Para ibu bapa juga perlu sentiasa memberi perhatian dan mendampingi anak-anak mereka supaya mereka tidak berasa bosan dan kekosongan di hati. Kesedaran juga perlu diterapkan bagi membentuk jiwa remaja yang sihat dan fikiran yang matang sebelum melangkah ke alam dewasa
Masalah vandalisme dapat diatasi dengan mudah jika ibu bapa melaksanakan peranan mereka dengan sempurna.

Sekian sahaja coretan untuk hari ini, sekian terima kasih.

Comments