Pada masa kini, hampir kesemua individu tidak
kira usia, mengalami tekanan atau lebih dikenali sebagai stres. Namun, mereka
tidak tahu cara mengatasinya dan lama-kelamaan ini akan menyebabkan mereka
mengalami tekanan darah tinggi. Oleh itu, ianya lebih baik untuk mengamalkan beberapa
kaedah untuk mengurangkan stress yang dialami supaya ianya tidak berlanjutan
sehingga memudaratkan kesihatan.
Terdapat beberapa cara untuk mengatasi stres
dan antaranya adalah untuk melakukan latihan pernafasan. Cara ini boleh
membantu apabila berlakunya peningkatan pertukaran antara oksigen dankarbon
dioksida yang menyebabkan pengurangan ketegangan dalam sel tubuh.
Selain itu, mendengar muzik ataupun lagu
kegemaran juga dapat membantu dalam pengurangan stres. Ini kerana muzik dapat
membantu untuk mengurangkan denyutan jantung yang laju lalu menyebabkan
pernafasan kembali menjadi normal. Pilihan lagu ataupun muzik yang lembut dapat
menenangkan minda.
Sejurus itu, cara lain yang dapat membantu
seseorang untuk mengurangkan stres adalah dengan melelapkan mata buat 15 hingga
30 minit. Ini akan membantu untuk menenangkan minda kita yang berasa kusut
apabila memikirkan tentang terlalu banyak perkara.
Disamping itu, melakukan ibadat juga dapat
membantu untuk mengurangkan tekanan. Apabila sesorang beribadat seperti
sembahyang, ianya dapat memberikan mereka sokongan dari sokongan emosi selain
melegakan perasaan.
Akhir sekali, beriadah ataupun melakukan
aktiviti senaman juga dapat membantu. Aktiviti seperti berkelah dan meluangkan
masa bersama keluarga ataupun rakan-rakan dapat membuat seseorang rasa gembira
serta menghilangkan stress. Aktiviti bersenam juga boleh membantu mengurangkan
ketegangan otot dan stress. Peningkatan dalam pengeluaran hormone dan dorfin
dapat melegakan serta membuat seseorang berasa tenang dan ini boleh dilakukan
melalui aktiviti bersenam seperti berjalan, berenang dan senam robik.
Sekian,
terima kasih.
Comments
Post a Comment